top of page

SEKOLAH KEBANGSAAN KILIM

photo_2020-08-19_11-20-55_edited.jpg

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Salam Sejahtera 

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana limpah kurnia dan keizinan-Nya, dapat saya mengutus sepatah dua kata dalam ruangan ini.

Sekalung ucapan tahniah dan syabas saya ucapkan kepada pihak sekolah, terutamanya barisan jawatankuasa ICT SK Kilim atas kerjasama dan komitmen bagi menghidupkan  laman ini dengan memuatkan kandungan dan informasi-informasi yang menarik dan bermanfaat. Laman ini merupakan manifestasi bahawa pihak sekolah sentiasa komited dalam menguruskan dunia pendidikan seiring zaman globalisasi dan maklumat hujung jari yang semakin rancak berkembang.

Akhir kata, saya menaruh harapan yang tinggi agar portal ini mampu dimanfaatkan oleh warga sekolah, ibu bapa dan masyarakat setempat dan pihak-pihak berkepentingan, sebagai medium komunikasi yang pantas dan berkesan dalam menyebar luas maklumat. Semoga kita mampu untuk melangkah bersama-sama bagi merealisasikan aspirasi Transformasi Pendidikan Negara melalui pelaksanaan PPPM 2013-2025.

 

 

 

​

Puan Noor Ismahwati binti Ismail
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kilim Langkawi

Falsafah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah
JPN kedah.jpg

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Our History
photo_2020-11-04_21-32-47.jpg

01.01.1984       : SEKOLAH KEBANGSAAN KILIM DIWUJUDKAN. TETAPI MENUMPANG BANGUNAN SEKOLAH KEBANGSAAN AYER HANGAT ( SEKOLAH KEBANGSAAN PENGHULU AHMAD KINI ) SEHINGGA TAHUN 1994.

28.02.1986     : SEBUAH BANGUNAN BARU TIGA TINGKAT SIAP DIBINA ( BLOK A SEKARANG )

11.11.2009     : PERASMIAN BLOK BARU 4 TINGKAT ( BLOK B SEKARANG.

bottom of page