top of page

INFO HAL EHWAL MURID

RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN

 

Program ini diberikan kepada murid dari kalangan yang tidak mampu. setakat ini, jumlah murid yang terlibat dalam program ini seramai 92 orang terdiri daripada murid tahun 1 sehingga tahun 6

program ini bermula pada pukul 7.00 pagi sehingga 7.25 pagi setiap hari waktu persekolahan. makanan RMT yang tidak diambil oleh murid yang tidak hadir akan diberikan kepada calon simpanan RMT.

 

 

PROGRAM 3 K

 

Program 3K ( keselamatan, kebersihan, keceriaan). bermula pada 1991. Program Peningkatan Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Alam Sekitar Sekolah (3K) member peluang kepada mana-mana sekolah yang terpilih merasai hakikat bahawa keceriaan itu sememangnya ada dalam pendidikan. Tanpa mengira dalaman mahu pun luaran, program 3K dilihat mampu menyerlahkan keceriaan sesebuah sekolah yang menyertainya menerusi penekanan kepada meningkatkan tiga aspek utama program tersebut. Sesebuah sekolah yang ‘ceria’ dari pelbagai segi bukan sahaja sedap di pandang mata atau dibanggakan oleh warga masyarakat sekitarnya, malah yang lebih penting ia juga mampu melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik.

KWAMP

 

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menubuhkan Tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) pada tahun 2003 di bawah Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957. Objektif utama penubuhannya adalah untuk membantu golongan ibu bapa pelajar yang berpendapatan rendah dan tidak berkemampuan untuk menghantar anak mereka ke sekolah serta membasmi keciciran pelajar daripada persekolahan akibat kemiskinan.

 

 

 

DISIPLIN
 

Harapan SK Kilim pada 2016 ialah sifar masalah disiplin samada masalah displin kecil atau masalah disiplin besar. pemantauan dan program yang berkaitan disiplin akan sentiasa dijalankan agar murid sk Kilim menjadi contoh tauladan sekolah lain.

PENGAWAS.jpg
PENGAWAS

 

Pemerkasaan terhadap pengawas yang melibatkan pengawas sekolah, pengawas pusat sumber dan pengawas kebersihan sekolah. tugasan pengawas adalah untuk membantu guru dalam melicinkan kerja menguruskan murid dalam hal disiplin, peminjaman buku dan kebersihan sekolah.

 

 

bottom of page