top of page

MAJLIS PERSARAAN CIKGU MOHAMAD ZAKI HJ JAAFAR


Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Itulah lumrah kehidupan manusia. Apa yang kekal hanyalah kehidupan selepas mati. Namun, pertemuan, perkenalan dan perhubungan antara manusia perlulah dimanfaatkan sebaik baiknya kerana pada akhirnya pertemuan itulah yang akan mendatangkan seribu kenangan indah pada saat perpisahan kelak. pentingnya sebuah ukhwah itu sehingga disebut didalam AlQuran oleh Al-Khaliq Hablumminannas yang perlu sentiasa dijaga. Kekasih kita junjungan besar Nabi Muhammad SAW juga pernah berpesan orang yang cantik imannya ialah orang yang mengasihi saudaranya yang lain.


Tanggal 7 Jan 2016, detik pilu dan sedih kepada warga sekolah SK Kilim. Bukan sahaja warga sekolah, malahan masyarakat kg. Kilim juga merasakan detik terakhir En. Muhamad Zaki sebagai Guru Besar SK Kilim dan juga anggota masyarakat Kg. Kilim. Semua mengakui kredibiliti, kepimpinan, kesantunan dan perwatakan mesra Cikgu Zaki. Mengamalkan gaya Laissez Fair dalam pentadbirannya, Cikgu Zaki mudah didampingi oleh rakan sejawat dalam pengurusan sekolah. Malahan guru-guru lain juga merasa selesa menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan tanpa tekanan disamping cikgu zaki banyak memberi nasihat kepada guru-guru.


Hubungan mesra dan erat dengan masyarakat luar sekolah juga merupakan satu identiti bagi cikgu Zaki. Ini dapat dibuktikan dengan lantikan ahli jawatankuasa di Masjid Nur Saadah Kg Kilim, rukun tetangga (KRT) Kg Kilim, hubungan dengan Koperasi KilimGeopark. oleh itu, tidak dapat dinafikan lagi kesedihan yang dirasai oleh masyarakat Kg Kilim kerana perpindahan Cikgu Zaki ke Baling.


GAJAH MATI MENINGGALKAN GADING, HARIMAU MATI MENINGGALKAN BELANG,

MANUSIA PERGI MENINGGALKAN NAMA


Kepada cikgu Zaki, teruskan perjuangan di tempat baru. insyaAllah kenangan manis kami warga kilim akan sematkan dalam sanubari sampai bila-bila. terima kasih atas segalanya, mohon maaf atas kekurangan.

Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page