top of page

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH 2019


Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah, Pusat Sumber, Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas dan Pengawas Pendidikan Pencegahan Dadah Sesi 2019 telah diadakan pada 27 Januari 2019, hari Ahad, di Dewan Al-Marbawi SK Kilim. Majlis disempurnakan oleh Sub Insp. Anuar bin Abdullah dan Sarjan Yushidah bt Mohd Yusuf, cawangan Khas IPD Langkawi. Lembaga Pengawas Sekolah yang dilantik adalah unit-unit yang terdiri daripada murid sekolah. Badan ini akan membantu menjalankan pelbagai aktiviti untuk mencapai matlamat dan objektif sekolah.


Seramai 26 orang pengawas sekolah, 20 orang pengawas pusat sumber, 24 orang ketua dan penolong ketua kelas, dan 12 orang murid yang dilantik. Mereka yang dilantik akan membantu guru-guru melicinkan lagi operasi pemantauan disiplin sekolah, koperasi, asrama dan pusat sumber sekolah. Selain itu, mereka akan membantu melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan bidang tugas mereka serta menjalankan aktiviti membantu rakan mereka.


Matlamat Majlis Penyampaian Watikah Pengawas ini adalah untuk memberi pengiktirafan kepada pemimpin cilik yang sama-sama bertanggungjawab menjaga disiplin dan sahsiah dalam kalangan pelajar SK Kilim.


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page