top of page

KEM KEPIMPINAN MUDA & WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH SK KILIM 2020 (16 - 17 JAN 2020)

Kem Kepimpinan Muda & Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas Sesi 2020 telah diadakan pada 16 hingga 17 Januari 2020. Majlis penyampaian watikah pengawas pula telah diadakan pada 19 Januari 2020 hari Ahad di Dewan Al-Marbawi SK Kilim. Majlis disempurnakan oleh Insp. Norfarahdila bt Nordin dan dimeriahkan lagi dengan tetamu jemputan iaitu Sarjan Abdul Hamid b Ahmad serta YDP PIBG Pn. Rasita bt Abd Talib. Lembaga Pengawas Sekolah yang dilantik adalah unit-unit yang terdiri daripada murid sekolah. Badan ini akan membantu menjalankan pelbagai aktiviti untuk mencapai matlamat dan objektif sekolah.

Seramai 26 orang pengawas sekolah, 20 orang pengawas pusat sumber, 24 orang ketua dan penolong ketua kelas, dan 12 orang murid yang dilantik. Mereka yang dilantik akan membantu guru-guru melicinkan lagi operasi pemantauan disiplin sekolah, koperasi, asrama dan pusat sumber sekolah. Selain itu, mereka akan membantu melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan bidang tugas mereka serta menjalankan aktiviti membantu rakan mereka.

Matlamat Majlis Penyampaian Watikah Pengawas ini adalah untuk memberi pengiktirafan kepada pemimpin cilik yang sama-sama bertanggungjawab menjaga disiplin dan sahsiah dalam kalangan pelajar SK Kilim.

Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page