top of page

MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 SK KILIM 2020

  • admin
  • Jan 22, 2020
  • 1 min read

Seramai 44 orang murid tahun 1 telah terlibat dalam Program Transisi Tahun 1. Program Transisi Tahun 1 merupakan satu program yang telah dirangka dengan tujuan untuk membantu kanak-kanak menghadapi perubahan diri dalam keadaan transisi dari pendidikan tidak formal sama ada di rumah ataupun di prasekolah ke pendidikan secara formal di Tahun Satu. Program ini dilaksanakan dalam tempoh 3 minggu. Adalah diharapkan kanak-kanak yang datang dari pelbagai latar belakang sosio ekonomi, persekitaran dan pengetahuan akan dapat menyesuaikan diri dan bersedia meneruskan pembelajaran secara formal.

Tujuan :

  • Murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, guru-guru dan kawan-kawan baru dalam masa yang singkat.

  • Guru-guru dapat menyelaraskan keperluan kognitif, emosi dan jasmani murid secara menyeluruh sebelum memulakan proses P & P secara formal.

  • Meningkatkan minat dan semangat murid untuk datang ke sekolah dengan gembira dan tanpa banyak masalah.

  • Membantu semua murid Tahun Satu yang datang dari latar belakang, pengalaman dan sosio ekonomi yang berbeza memulakan proses pembelajaran di Tahun Satu mereka melalui tahap pencapaian yang hampir sama .

 
 
 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Franklin Day School. Proudly created with Wix.com

  • w-facebook
  • Twitter Clean
  • w-googleplus
  • w-youtube
bottom of page