top of page

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM & ZIARAH CAKNA SK KLIM 2020

Pada 9 Febuari 2020 (Ahad), sekolah telah melancarkan perasmian pelancaran untuk dua program iaitu Majlis Pelancaran Program Ziarah Cakna dan Majlis Perasmian Program NILAM. Majlis ini telah dirasmikan oleh pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi iaitu encik Mohamad Norizal bin Ramli.

Program Ziarah Cakna merupakan program yang dirangka oleh pihak KPM bagi menerapkan amalan murni yang menzahirkan nilai kegembiraan, kasih saying dan hormat-menghormati dalam kalangan sekolah dan juga masyarakat luar. Program ini juga adalah hasil keputusan mesyuarat ketua bahagian KPM bilangan 10/2018 pada 7 Disember 2018 yang mana Bahagian Pengurusan Sekolah Harian perlu menyelaraskan pelaksanaan program ziarah cakna ini secara meluas di semua sekolah di bawah KPM. Program ini akan menjalankan aktiviti lawatan guru ke rumah murid untuk bertemu dengan ibu bapa penjaga bagi memberi manfaat positif kepada perkembangan menyeluruh pelajar. Program ini telah menyasarkan kepada keluarga murid yang kurang berkemampuan.

Manakala Program NILAM pula membawa maksud ‘Nadi Ilmu Amalan Membaca’. Program ini mencakupi semua aktiviti galakan membaca yang dijalankan di sekolah yang melibatkan penilaian pembacaan yang berterusan sepnjang tahun yang diakhiri dengan pengiktirafan yang bersesuaian. Antara objektif program ini adalah menjadikan budaya membaca sebagai asas menmbah ilmu. Program ini telah melibatkan semua murid bermula dari tahun satu hingga tahun enam.

Tujuan program :

NILAM :

  • Sebagai satu usaha mempromosikan program NILAM di sekolah.

  • Dapat memantapkan lagi pelaksanaan program NILAM.

  • Menjadikan budaya membaca asas menambah ilmu.

Ziarah Cakna :

  • Menjalinkan ukhwah dengan keluarga murid untuk menujukkan empathi dan keprihatinan pihak sekolah dengan masalah murid.

  • Mengukuhkan nilai guru penyayang dengan saling bekerjasama antara guru dengan ibu bapa

Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page