MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-31 SESI 2020/2021
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-31 berjalan dengan lancar mengikut agenda yang telah ditetapkan. Tepat jam 08:00 pagi para ibu bapa telah mula berpusu-pusu membuat pendaftaran di kantin sekolah seterusnya mengarah ke dewan. Setelah para hadirin mula memenuhi ruang, dif-dif kehormat termasuklah Timbalan Pengarah JPP Kelantan. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ust. Khairul Amilin diikuti ucapan alu-aluan oleh YDP PIBG Pn. Rasita bt Abd Talib. Seterusnya ucapan Tuan Guru Besar SK Kilim, Pn. Noor Ismahwati bt Ismail selaku penasihat PIBG dan kemudiannya ucapan perasmian oleh wakil Ketua Pegawai Pejabat Pendidkan Daerah Langkawi, En. Ismail b Man. Kemudian majlis disulami dengan sesi cabutan bertuah. Seterusnya majlis disambung dengan Mesyuarat Agung PIBG SK Sri Melor Kali Ke-31. YDP PIBG telah menyampaikan ucapan ringkas diikuti dengan pembentangan dan pengesahan Minit Mesyuarat Agung yang lalu, Penyata Tahunan serta Penyata Kewangan. Berikutnya YDP membubarkan AJK PIBG 2019. Akhir sekali, ucapan penangguhantelah dibuat oleh YDP. Majlis ditangguhkan pada jam 12:30 tengah hari.
Comments