PROGRAM PINJAMAN NOTEBOOK DARIPADA PPDL
Pada 1 Okt 2020, unit ICT SK Kilim telah mengambil inisiatif untuk memohon pinjaman ‘Notebook’ daripada Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi (PPDL) untuk tujuan pembelajaran serta dapat melancarkan lagi pelaksanaan program-program sekolah berkaitan ICT. Kemudahan peralatan makmal yang uzur menyebabkan penyelenggaraan makmal komputer ini di bawah kemampuan sebenar. Dengan erti kata lain, banyak kemudahan dan peralatan yang perlu dibaiki serta ditukar untuk menjadikan makmal lebih kondusif dan digunakan untuk tujuan pembelajaran. Oleh itu, SK Kilim amat memerlukan peralatan ICT untuk menjadikan program-program yang telah dirancang dan sesi PdPc berjalan dengan lancar.
Comments